Saturday, 14 July 2012

Lakonan

Assalamualaikum kawan-kawan sekarang kita nak buat lakonan. 


Ustazah: bangun

Murid-murid: assalamualaikum warrahmatullahhiwabarokatu ya ustazah.


Usatazah: duduk.

Murid-murid: terima kasih ya ustazah. 


Ustazah: masa tu kita belajar alif ,ba dan ta kan, sekarang kta nak belajar sa, jim dan kho.


Ustazah: kamu semua ada buku jawi tak? 


Murid-murid: ada.


Ustazah: ustazah nak salin semua ni dalam buku.


Ustazah: masa ustazah dah habis.

Murid-murid: terima kasih ya ustazah.






Wednesday, 20 June 2012

Diri Saya

Assalamualaikum nama saya Nabiha. Umur saya tujuh tahun. Saya sekolah di Sekolah Kebangsaan Paya Rumput. Saya ada empat kakak dan dua abang. Saya anak yang bongsu. Makanan kegemaran saya di rumah dan di sekolah ialah Nasi Ayam. Kegemaran minuman saya ialah air teh epal ais. Cita-cita saya hendak mennjadi guru matematik. Hobi saya ialah bermain badminton, baling selipar dan lompat tali. Saya suka belajar semua apa yang cikgu ajar. Saya tinggal di Cheng Melaka. Itu saja yang saya nak cakap. Okey jumpa lagi disana. Bye bye.

Saturday, 9 June 2012

Roti Pizza Sedap Comel

Semalam, Nabiha buat roti pizza dengan roti hotdog. Sedap sampai menjilat jari. Siapa nak, meh la datang rumah. Nanti Nabiha boleh buatkan. Lepas itu, kita main saidina. Siapa kalah kena belanja aiskrim Magnum.
Cara-cara untuk membuat roti pizza dan roti hotdog ialah tanya kakak. HAHAHAHAH

Resepi:
Tepung gandum
Yis
Vegetable shortening
Garam
Air

Resepi dekat atas untuk doh roti. Gaul semua sampai sebati jadi doh, dan tak melekat dekat jari. Kalau nak buat pizza, bahan-bahan letak je apa-apa. Seperti ketam, udang, hotdog, capsicum, bawang, tomato, sos tomato, sos thai, cheese, black pepper, nenas, durian, ayam, dan lain-lain. Ikut kreativiti anda. Gambar tiada sebab tak sempat nak tangkap gambar. Kalau nak tau sedap ke tak, meh la datang rumah Nabiha, tak pun buat sendiri.

Kalau nak buat roti hotdog, mula-mula minta Marjan doh untuk membuat Roti leper. Kemudian letak hotdog yang telah dipotong oleh Chef Nabiha yang comel. Kemudian bakar dan boleh makan. Jumpa lagi. bye bye

Ok la. Jumpa lain kali.

Sekian terima kasih

Saturday, 18 February 2012

Cake Batik

Okey cara membuat Cake Milo ialah. Mula-mula bubuh milo dalam kuali  berapa je la. Lepas tu masuk enam biji telur .Kemudian masuk buttercup setengah sahaja. Pastu masukkan susu pekat manis ke dalam kuali itu 2sudu atau 3sudu, gaulkan milo itu sampai dia sebati. Masak hingga dia melekat. Tunggu hingga sejuk. Ambil biskut marie patahkan ia masukkan ke dalam kuali itu letak dalam mangkuk lain. Masukkan ke dalam peti sejuk. Okey nanti nabiha cerita lagi

Saturday, 11 February 2012

Nabiha Si Comel Suka Merah Jambu

Assalamualaikum kawan-kawan

Nama saya Nabiha Daud. Sebenarnya saya ada blog tapi saya terlupa password blog tu ,so saya buat la blog baru. Umur saya tujuh tahun. Saya ada empat orang kakak dan dua orang abang. Saya sekolah di SKPR. Matapelajaran yang paling saya suka ialah Jawi dan Bahasa Melayu. Sebab cikgu saya best. Di sekolah, saya suka makan nasi lemak dan potato crisp dan air oren sedap tau. Dan saya kalau makan di rumah saya suka bubur dan sambal tumis tapi bubur tu takda la banyak sangat kadang-kadang je la. Okey bye nanti saya cerita lah lagi .